8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran

images

      Sistem Pengurusan Pembelajaran amat berfaedah kepada para pelajar dan organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pengurusan maklumat yang sistematik memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran hari ini. Maklumat yang berguna merupakan maklumat yang tepat dan sentiasa dikemas kinikan. Dalam perkembangan pendidikan hari ini, maklumat telah memainkan peranan yang penting kerana maklumat yang berkenaan meliputi maklumat pelajar, maklumat pelajaran-pembelajaran, maklumat perancangan dan sebagainya. Oleh sebab itu, satu sistem pengurusan pembelajaran, Learning Management System (LMS) yang cekap amat diperlukan bagi menguruskan maklumat-maklumat tersebut.

          LMS membenarkan pelajar berkongsikan maklumat dengan pihak luar. Dengan ini, pelajar dapat berkongsikan hasil kerja ataupun nota-nota dengan kawan-kawan dan cikgu. Bukan itu sahaja, terdapat banyak jenis maklumat yang hendak dikongsikan masa kini sama ada sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Universiti dan lain-lain. Sebagai contoh, Edmodo merupakan salah satu jejaring sosial yang berguna, bebas dan selamat digunakan oleh guru, pelajar dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan LMS. Ia berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Setakat ini, Edmodo telah menghubungkan lebih daripada 125,000,000 guru dan pelajar dalam dunia sejaga. Edmodo menggalakkan suasana pembelajaran yang pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan memberi kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang selesa untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi pembelajaran, kerja rumah bagi pelajar, perbincangan dalam kelasmaya dan ulangan secara atas talian.

lms-flow

      Selain itu, penggunaan LMS juga memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja seseorang pekerja. Hal ini seraca tidak langsung memberikan implikasi yang penting kepada profesionalisme perguruan. Dengan ini, guru-guru dapat berkongsi idea dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan lebih baik. Menurut kajian Melvina dan Jamaludin pada tahun 2010, kemahiran dan pengetahuan seseorang guru adalah sederhana dalam penggunaan teknologi pendidikan. Hal ini demikian kerana dengan penggunaan LMS, mereka dapat melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan. Di samping itu, LMS dapat membantu seseorang dalam pelaksanaan tugas seharian dan pembelajaran bagi menjalankan tugas mereka dengan cekap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dapat berkongsikan maklumat dalam sesebuah kumpulan yang besar. Dengan ini, mereka dapat menjimatkan masa untuk menghantarkan maklumat yang hendak dikongsikan seorang demi seorang dan maklumat yang diperlukan boleh diperolehi dengan cepat dan maklumat tersebut tidak perlu ditaipkan semula.

Selain daripada itu, dengan penggunaan LMS, seseorang dapat meningkatkan semangatnya untuk belajar ataupun bekerja. Hal ini terjadi kerana LMS merupakan satu sistem yang sistematik untuk menyelenggarakan sesuatu program, mereka tidak akan diganggu oleh masalah pengurusan. Maklumat yang telah dikongsikan juga dapat dikeluarkan dengan cara yang mudah dan boleh digunakan berkali-kali di sepanjang masa. LMS juga dapat menyimpankan data dengan selamat serta sempurna.

          Kesimpulannya, LMS amat diperlukan bagi mengurus maklumat yang banyak pada hari ini. Sistem pengurusan maklumat secara manual tidak lagi bersesuaian dengan zaman teknologi ini. Pengurusan yang tidak begitu cekap akan menghasilkan kerja yang tidak produktif, ia juga akan menjatuhkan semangat pelajar dan pekerja. Jadi, para pelajar dan guru dinasihati agar bersikap terbuka dan menerima LMS sebagai sebahagian daripada alat dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana LMS telah direkakan untuk suasana pembelajaran di tempat kerja dan khususnya digunakan untuk mengurus kesemua program latihan termasuk pembelajaran tradisional di dalam kelas.

Disediakan oleh : Lee Wen Tyng

Rujukan

Elaina Durin. (N.D.). Sistem Pengurusan Pembelajaran _LMS. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/115200759/Sistem-Pengurusan-Pembelajaran-LMS

Iffah Fakhira. (2016, September 23). Bab 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran (LearningManagementSystem). Diperolehi daripada http://cikguiffahfakhira.blogspot.com/2016/09/bab-8-sistem-pengurusan-pembelajaran.html

Mohd. Saiful & Mohd. Faiz Fahmi. (2016, Jan 30). SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran

Nursyafiqah Harris & Nurhakimi Aziz. (2016, Jan 21). Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/syafiqahharris/ciri-ciri-sistem-pengurusan-pembelajaran-spp

 

 

8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Maklumat (LMS)

Blog-Graphics44_blog-header-copy-43.jpg

          Tujuan umum LMS digunakan adalah untuk menyeragamkan usaha pentadiran, memudahkan dan memastikan anggota kakitangan menerima program dan latihan yang sesuai serta membantu dalam pengurusan bilik darjah, tenaga pengajar, kelengkapan, dan juga sumber-sumber yang diperlukan dalam penyampaian kursus dengan cara yang lebih efektif.

      Terdapat banyak kegunaan Sistem Pengurusan Maklumat. Yang pertama, ia digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. LMS dapat memberi kesan yang banyak kepada asas aktiviti di institut pendidikan dengan memainkan peranan yang penting dalam kegiatan akademik, pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan pentadbiran dalam sektor pendidikan. Seperti contoh, memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online dengan cara membolehkan kandungan pembelajaran diperolehi secara online, di mana pelajar boleh melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui web browser dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer serta peranti mudah alih. Selain daripada itu, LMS juga dijalankan untuk menyokong dan mengatur kerja-kerja dalam jabatan akademik, organisasi dan projek lain demi mencapai beberapa matlamat pengajaran di peingkat pengajian tinggi. Tamsilnya, LMS ialah perkembangan daripada proses dan juga sistem yang dibina serta dibangunkan oleh seebuah universiti atau pusat pengajian tinggi yang bertujuan untuk mendaftarkan pelajar ke dalam kursus-kursus tertentu dan menyimpan kesemua rekod aktiviti pelajar.

            Seterusnya, LMS digunakan adalah bertujuan untuk memudahkan penyampaian dan penghantaran kursus secara talian. Ia menawarkan pelbagai jenis alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia merupakan salah satu alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru. Contohnya, Sistem Pengurusan Maklumat membantu dalam menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem. Ia juga membolehkan pelajar untuk memperoleh maklumat pembelajaran dalam bentuk garis panduan kursus, ringkasan maklumat kursus, memuat naik tugasan dan dan memuat turun nota pembelajaran dalam kuliah. Tambahan pula, Sistem Pengurusan Maklumat juga digunakan bagi meningkatan jumlah maklum balas yang diterima dan mampu memperbaiki hasil daripada maklum balas tersebut. Dalam konteks ini, ia membantu dalam meningkatkan tahap komunikasi antara pelajar dengan pensyarah dengan memudahkan perbincangan mengakses kepada bahan pembelajaran dengan senang di sesebuah universiti atau pusat pengajian tinggi. Di samping itu, LMS digunakan sebagai medan atau tempat untuk mengadakan perbincangan kumpulan dan juga melibatkan penggunaan bahan-bahan kursus yang lebih perlahan serta bersifatkan fesyen kendiri.

download (3)

      Bukan itu sahaja, penggunaan Sistem Pengurusan Maklumat (LMS) lebih menguntungkan kerana kos yang secara relatifnya lebih rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan agak sederhana dan tidak mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana ia bukan sahaja dapat membantu dalam pengurangan kos latihan melalui pelbagai cara. Sebagai contoh, membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran seperti pengurangan perjalanan, kos penginapan, kos kerja lebih masa, dan kos pengajarannya yang lebih rendah, serta dapat menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi.

                 Selain daripada interaksi antara pensyarah dan pelajar dengan bertemu secara bersemuka di dalam bilik darjah, pelbagai Sistem Pengurusan Maklumat ( LMS) telah dibangunkan sebagai medium pembelajaran dan pengajaran interaktif secara atas talian (online) dan medium komunikasi, termasuklah Moodle, ifolio, MyGuru2, blackboard, dan iLearn System. Contoh-contoh yang disebut tersebut berintegrasikan pelbagai petagogi dan juga alat pentadbiran kursus. Setiap LMS mempunyai ciri-ciri tertentu dan boleh diubah suai oleh semua pihak institusi mengikut keperluan mereka.

Disediakan oleh : Lau Hui Ping

Rujukan

Elaina Durin. (N.D.). Sistem Pengurusan Pembelajaran _LMS. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/115200759/Sistem-Pengurusan-Pembelajaran-LMS

Iffah Fakhira. (2016, September 23). Bab 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran (LearningManagementSystem). Diperolehi daripada http://cikguiffahfakhira.blogspot.com/2016/09/bab-8-sistem-pengurusan-pembelajaran.html

Mohd. Saiful & Mohd. Faiz Fahmi. (2016, Jan 30). SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran

Nursyafiqah Harris & Nurhakimi Aziz. (2016, Jan 21). Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/syafiqahharris/ciri-ciri-sistem-pengurusan-pembelajaran-spp

8.1 Pengenalan & Ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat

maxresdefault

        Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai ‘ Learning Management System ’ (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. Learning Management System merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis di bawah insiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).

         Learning Management System boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu ‘ proprietary ’ dan buka ‘ open source ’. Contoh Learning Management System proprietary yang bias digunakan adalah blackboard, manakal contoh bagi Learning Management System open source pula ialah Moodle. Ia digunakan secara meluas kerana percuma dan boleh diubahsuai. Learning Management System di SPIN merupakan sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Penyampaian maklumat kepada pelajaran adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau klik link pada skrin computer dan tidak memerlukan kos yang banyak.

484407-the-best-learning-management-systems-lms-for-2015.jpg
 

 Ciri-ciri LMS ( Characteristic of LMS )

 

 

          Learning Management System adalah istilang yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada perkhimatan pembelajaran secara atas talian untuk para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Antara perkhimatan yang disediakan termasuk pengawalan capaian , persediaan kandungan pembelajaran , alat komunikasi, dan pentadbiran kumpulan pengguna.

     Antara ciri utama Learning Management System adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bili-bila masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih berkesan dan produktif. Learning Management System melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui perpustakaan secara digital atau laman web. Melalui penggunaan Learning Management System , pelajar juga berpeluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari university atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel.

      Learning Management System digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, pengesan pencapaian pelajar , dan mengesan status penggunaan pengguna. Antara ciri-ciri utama Learning Management System adalah seperti berikut .

      Ciri-ciri yang pertama , meletakkan bahan kursus di atas talian. Kebanyakan Learning Management System menyediakan butang yang telah diprogramkan untuk sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan ‘power point slides’ daripada kuliah.Selain itu , melalui Learning Management System mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-cri penilaian. Ia juga membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian di mana tenaga pengajar boleh meletakkan gred pelajar.

           Ciri yang seterusnya ialah Papan dikusi ( Dicussion board ). Dengan menggunakan papan dikusi , tenaga pengajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung diskusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal.

           Di samping itu , ciri yang ketiga ialah alat komunikasi lain ( Other communications tools ). Dengan ini , ia membolehkan tenaga pengajar menghantar pengumuman ke kelas dan berhubung dengan pelajar secara individu. Lock box for student di mana pelajar boleh menyimpan bahan kelas di tempat yang selamat – sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat.

        Selain daripada itu , antara ciri-ciri lain Learning Management System adalah seperti yang berikut :

  • Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
  • Menggunakan perkhimatan diri dan perkhimatan kendiri berpandu.
  • Memasang dan memyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  • Menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
  • Mudah alih sokongan dan standard.
  • Disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
  • Meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual.
  • Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid.
  • Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akaedemik.

    Kesimpulannya , terdapat pelbagai kepentingan dan kebaikan dapat diperolehi melalui kegunaan Learning Management System . Dengan ini semua pelajar sepatutnya menggunakan Learning Management System supaya dapat memudakan proses pembelajaran dan belajar dengan lebih berkesan.

Disediakan oleh : Joanne Cheah Jia En

Rujukan

Elaina Durin. (N.D.). Sistem Pengurusan Pembelajaran _LMS. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/115200759/Sistem-Pengurusan-Pembelajaran-LMS

Iffah Fakhira. (2016, September 23). Bab 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran (LearningManagementSystem). Diperolehi daripada http://cikguiffahfakhira.blogspot.com/2016/09/bab-8-sistem-pengurusan-pembelajaran.html

Mohd. Saiful & Mohd. Faiz Fahmi. (2016, Jan 30). SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran

Nursyafiqah Harris & Nurhakimi Aziz. (2016, Jan 21). Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/syafiqahharris/ciri-ciri-sistem-pengurusan-pembelajaran-spp